0
Minggu, 13 November 2011 Post By: Dwi

cara mem-Block USB


Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu iaitu cara untuk disable(menutup) port USB supaya tidak dapat di akses oleh USB Flash disk/Pendrive. Ada beberapa cara yang saya gunakan, baik menggunakan software ataupun tanpa software.
Ini adalah cara-cara yang saya gunakan untuk mendisable USB pada PC dengan OS Windows:
1. Menggubah setting dari REGEDIT

Masuk ke dalam regedit dengan cara menekan shortkey (Windows + R) untuk masuk ke Run, kemudian taip : “REGEDIT
Pilih “HKEY LOCAL MACHINE – SYSTEM – CurrentControlSet – Services – USBSTOR
Ubah Start value dari “3” menjadi “4
Matikan semua permission baik dari system ataupun admin. (klik kanan di folder HKLM – system – currentcontrolset – services – USBstor – permission)
Remove semua permissionnya.

2. Menggunakan Sofware “USB Block


Software ini saya yakin dengan kebolehan nya kerana ianya telah direka khusus untuk block segala gejala mencucuk peralatan USB anda. Jika ingin menggunakan USB di mana-mana port yang di inginkan, software ini akan meminta password terlebih dahulu sebelum akses berjalan memasuki dalam sistem OS laptop/pc kita. Menarik bukan? heheheh.... Tetapi ini adalah jalan yang terbaik kerana jika kita tidak mengawal dengan cara ini,berlaku pencerobohan data oleh anasir jahat seperti kawan-kawan kita mengambil sesuka hati dari dalam laptop/pac kita, mengelak berlakunya pengodaman melalui USB oleh hackers, mengawal sebelum parah iaitu menyekat kemasukan serangan virus/malware serta terlepas dari pencerobohan data.

Berikut serba sedikit kebaikan saya kongsikan jika menggunakan USB Block:

Di Lengkapi Data Integriti
• Lengkap dengan pencegahan kebocoran data
• Mencegah penyalahgunaan data anda
• Mencegah virus & serangan malware
• Mengelakkan penggodam dan pencuri

Perlindungan Salinan
• Menghentikan penyalinan haram data anda oleh anasir jahat
• Melindungi bahan hak cipta anda
• Perlindungan kerja-kerja juga pada Safe Mode
• Pengaktifkan Stealth Mode untuk tujuan penyembunyian

Mengganggu Bukti
• Berguna untuk pencegahan kebocoran data tegar
• Mengelakkan kecurian data anda
• Mencegah pengguna yang tidak dibenarkan
• Mencegah peranti yang tidak dibenarkan

Pemantauan hack
• Memantau program yang cuba menghapukan data
• Memantau kata laluan percubaan palsu
• Memantau percubaan uninstall yang menyalahi undang-undang
• Tangkap pelaku dengan bukti

Menghalang semua peralatan
• Block Pemacu USB yang tidak dibenarkan
• Block CD / DVD yang tidak dibenarkan
• Block kebenaran palsu sebelum akses internet
• Blok Drives & Partitions yang tidak dibenarkan

Logs & Reports
• Memantau peranti apa yang diberi kuasa
• Memantau apabila mereka diberi kuasa
• Memantau mereka yang telah diberi kuasa
• Laporan penggunaan komprehensif

Itulah sebahagian info yang dapat saya kongsi bersama anda. Sekarang, terpulang pada andantuk menggunakan nya atau tidak. Jangan pula anda menggunakan nya di pejabat anda, nanti bos marah kerana pc tidak dapat di akses oleh USB. hahahahah.... Okeylah, saya telah sediakan link download beserta crack di dalam nya.

Selamat mendownload:




Copyright Reserved Cheater Pemula 2010.
Design by: Bingo | Blogger Templates by Blogger Template Place | supported by One-4-All